Pasukan Bolasepak Alumni Sek. Men. Sultan Abdul Halim, 06009 Jitra, Kedah

Liga Alumni 2007

Pasukan Jenoba FC masih lagi meneruskan survival nya dalam Liga Alumni Malaysia Divisyen 1 walaupun pelbagai ranjau terpaksa dilalui dalam mengharungi liga tersebut. Ramai pemain-pemain senior pasukan ini kebanyakannya tidak dapat memberikan komitmen terhadap pasukan disebabkan oleh komitmen lain yang tidak dapat dielakkan. Tapi isu ini tidak mematahkan semangat pemain-pemain lain kerana pasukan ini mempunyai barisan junior yang tidak kurang hebatnya dengan pemain-pemain senior mereka.

Nama-nama seperti PakJien, Pan, Mie, Amirul, Bard, Gg, PakYa, Acong, Khidir, Mache, Aza dan beberapa nama lain lagi sudah tidak lagi disenaraikan disebabkan lokasi karier mereka jauh dari Lembah Klang dan masalah kecederaan.
Kini nama-nama baru seperti Basyir, Akram, Zulasyraf dan rakan-rakan sebaya mereka yang ditagih tenaga & keringat muda mereka untuk meneruskan kesinambungan Jenoba FC dalam Liga Alumni.
Hanya En Nasir, TokMat, Jawa, Yunus, Kamal, Wan, Aman, Manggoi, Kuri, Azrail sahaja yang masih dapat memberikan kudrat mereka yang tak seberapa tapi masih berbisa demi membimbing pemain-pemain junior yang masih lagi bertatih dalam mengharungi cabaran pasukan lain yang lebih bertenaga & bersemangat.

Pasukan Jenoba FC akan meneruskan cabaran musim 2008 dengan penuh bersemangat walau apa pun yang bakal ditempuhi nanti.

Keputusan penuh & ranking pasukan Jenoba FC boleh didapati di sini:
http://www.ligaalumni.com/ligaalumni/?cat=99

Official Liga Alumni website Click here to join SMSAH yahoogroup